Cart  

No products

Shipping MYR 0.00
Total MYR 0.00

Prices are tax excluded

Allah, Kebebasan & Cinta: Keberanian untuk Menyelaraskan Kebebasan dengan Iman

Allah, Kebebasan & Cinta: Keberanian untuk Menyelaraskan Kebebasan dengan Iman
Dalam Allah, Kebebasan dan Cinta, Irshad Manji menebas laluan bagi membolehkan Muslim dan bukan-Muslim mengatasi ketakutan yang menghalang mereka daripada hidup dengan integrity yang tulus hanya buat Tuhan. 

More details

MYR 35.00 tax excl.

9789675266270

10 items in stock

Add to cart

1 other products in the same category:

Dengan membaca buku ini kita tidak lagi perlu bimbang kalau-kalau kita tersentuh sensitivity pihak lain dalam dunia jamak budaya ini dan tidak lagi perlu takut untuk mempersoalkan kelompok kita sendiri. Sejak bukunya yang pertama laris dijual di seluruh dunia. Irshad telah beralih daripada kemarahan kepada aspirasi. Irshad menunjukkan kepada setiap seorang daripada kita bagaimana keimanan boleh diselaraskan dengan kebebasan, agar kedua-duanya tidak lagi bertembangan, sehingga kita dapat mengenal Allah yang memihak kepada kebebasan dan cinta – Tuhan sejagat yang begitu menyayangi kita sehinggakan Dia memberikan kita pilihan dankeupayaan untuk membuat pilihan.

 

Sebagai salah seorang pembaharu Muslim paling menonjol di zaman ini, Irshad berkongsi pengalamannya di ceruk-ceruk dunia dengan pembaca; menceritakan kisah-kisah yang menyentuh hati namun selalu juga lucu dan pada masa yang sama membuka mata kita terhadap zaman ini yang keliru tentang persoalan moral. Apa yang mencegah pemuda-pemudi Muslim, termasuk dari Barat, daripada mengungkapkan keperluan mereka terhadap pentafsiran semula hal-hal keagamaan? Apa yang membuatkan bukan-Muslim takut untuk secara terbuka menyokong suara-suara liberal dalam Islam? Kita bertolak-ansur dengan adat-resam yang seharusnya ditolak, misalnya adat membunuh atas nama maruah – bagaimana kita sampai terjerumus ke jurang sebegini hina? Apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah keadaan? Bagaimana kita boleh menolak dogma tanpa mengorbankan keimanan? Lebih penting lagi, bagaimana setiap seorang kita dapat mengorak langkah menuju keberanian moral, iaitu kesanggupan untuk bersuara sewaktu semua orang mahu mengunci mulut kita?

 

Allah, Kebebasan dan Cinta adalah buku panduan unggul untuk membantu anda menjadi warga global yang pemberani. Irshad Manji bukan saja yakin dengan Allah, malah beliau juga yakin dengan keupayaan saudara-sarudarinya di kalangan umat manusia.

  • Author Irshad Manji
  • Format Paperback
  • ISBN 9789675266270
  • Language Malay
  • Pub Year 2012
  • Publisher ZI Publications Sdn Bhd