Cart  

No products

Shipping MYR 0.00
Total MYR 0.00

Prices are tax excluded

Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia

Buku edisi kedua ini menerangkan sejarah penubuhan keahlian Majlis Persekutuan daripada hanya mempunyai 11 orang ahli termasuk sultan-sultan dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu hingga wujudnya Parlimen dwidewan di Tanah Melayu dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1963 yang sehingga kini mempunyai 222 orang ahli di Dewan Rakyat. 

More details

MYR 50.00 tax excl.

9789834612672

10 items in stock

Add to cart

30 other products in the same category:

Lakaran sejarah dalam buku ini banyak berkisar pada penubuhan Parlimen Dwidewan dan penubuhan Dewan negara yang sekarang mempunyai 70 orang ahli dari negeri-negeri yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Buku ini juga mengisahkan pelantikan Yang di Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan selepas Parlimen Dwidewan diwujudkan pada bulan September 1959. Untuk melengkapi kisah Parlimen, buku ini juga mencatatkan sejarah pelantikan TImbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan secara ringkas mengisahkan pelantikan Clerk to the Council atau Setiausaha-setiausaha kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Buku ini juga turut memaparkan kisah pertukaran Majlis Persekutuan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948 dan juga persidangan yang diadakan di pejabat Jabatan Kerja Raya dan bangunan Tunku Abdul Rahman sehingga Bangunan Parlimen yang ada sekarang. Selanjutnya, dipaparkan sejarah rancangan pembinaan bangunan Parlimen dan konsep, serta falsafah di sebalik reka bentuknya. Persoalan mengapa perasmian bangunan Parlimen yang dirancang untuk dilaksanakan pada 31 Ogos 1963 telah ditunda tarikhnya ke 2 November 1963 juga terjawab dalam buku ini.


Sementara kita meraikan kejayaan negara ini dari satu zaman ke satu zaman, peranan Parlimen sebagai pengesah cara dan pemudah langkah usah dilupakan begitu sahaja. Terdapat banyak buku, jurnal dan risalah yang mengisahkan dan mengagungkan perjuangan Speaker dan ahli-ahli House of Commons, England. Fenomena yang sama juga terdapat di Kanada, New Zealand, Australia, dan India. Fenomena yang sama tidak dilihat di negara ini. Buku ini cuba membetulkan kekurangan ini.

  • Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pub Year 2014
  • Language Malay
  • ISBN 9789834612672
  • Format Hardback
  • Author YB Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar